Tuesday, October 6, 2009

Tiada Perasaan kumpulan Bendera Indonesia

Ketika Negara Indonesia sendiri sedang bergelut dengan bencana gempa dan memerlukan setiap titisan keringat bagi membantu rakyatnya yang sedang menderita ada segelintir rakyatnya yang seolah-olahnya memekakkan telinga dan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Jiran terdekat, Malaysia segera menghulurkan bantuan kepada bangsa serumpun. Tetapi kumpulan Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat) menunjuk protes jalanan kepada Malaysia atas sikap angkuh membuta tuli dengan mengangkat beberapa isu yang telah diperjelaskan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan sepatutnya telah selesai. Betapa angkuhnya mereka ini. Tidakkah mereka melihat kekuasaan ALLAH yang telah diturunkan ke atas bumi Indonesia. Kuatkah mereka berbanding kekuasaan ALLAH yang hanya baru sedikit telah dipertunjukkan. Tidak mahukah tenaga mereka dicurahkan untuk membantu saudara-saudara mereka sendiri yang sedang bergelumang dengan penderitaan dan kebuluran? Keangkuhan yang menutup mata hati mereka. Masya ALLAH. Lihatlah kemusnahan ini..... Pasukan bantuan dari Malaysia tetap meneruskan usaha membantu bangsa serumpun walaupun pesawat yang datang membawa bantuan dilempari batu dan diberi ancaman!
Lihatlah kemunahan ini



Gerakan Bendera yang anti Malaysia

Membuang tenaga percuma di jalanan. Alangkah baik jika digunakan bagi membantu saudara meraka di Sumatera yang dilanda gempa.

Penulis bersama keluarga pernah berkunjung ke Jakarta beberapa bulan dahulu dan bercadang untuk melawat Sumatera di masa akan datang. Dengan adanya ancaman dan peristiwa Bendera ini, penulis membatalkan niat untuk ke sana dalam masa terdekat. Kepada warga Malaysia, berfikirlah dua kali kalau ingin melancong ke Indonesia. Janganlah dibazirkan wang ke sana. Mereka tidak inginkan pertolongan dan wang ringgit kita. Mereka harus merubah minda dan persepsi mereka terhadap Malaysia. Berapa jutakah warga mereka yang berkembara di bumi Malaysia kerana ingin mendapatkan rezeki? Berfikirkah mereka apa akan nasib saudara-saudara mereka di Bumi Malaysia kalau warga Malaysia juga bersikap seperti mereka? Rakyat Malsysia lebih matang dan lebih rasional. Pemerintah Indonesia perlu lebih bertegas menangani isu ini.

Kepada saudara-saudara seagama di Indonesia, berilah respon anda sekiranya membaca blog ini!