Apakah kita telah bersedia dengan bekal-bekalnya? Untuk bangkit bangun malam untuk memenuhi undangan setahun sekali ini bagi mengisi sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan amat mencabar sekiranya tanpa persediaan dan bekalan rohani yang cukup. Hati yang berat, mata yang mengantuk kuyu dan lemah sendi-sendi tulang. Berat kepala yang tidak terkira untuk tunduk sujud. Dengan tekad dan istiqamah dan mengisi malam dengan ibadah-ibadah lain; tarawih dan membaca al-Quran dan berzikir dapat meringan atau menghapuskan rasa malas dan cuak. Pujilah ALLAH sebanyak-banyaknya. Semoga kita akan menemui malam yang amat dinanti-nantikan itu.
Kita masih berpeluang selagi Ramadhan belum berakhir. Di antara petua Imam Ghazali dan lain-lain ulama mencari Lailatul Qadar ialah seperti berikut:
Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari-hari berikut;
1. Ahad @Rabu - 29 Ramadhan
2.Isnin - 21 Ramadhan
3. Selasa @ Jumaat - 27 Ramadhan
4.Khamis - 25 Ramadhan
5.Sabtu - 23 Ramadhan
Di antara tanda-tanda malam Laitul Qadar;
1. Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
2.Siangnya cahaya mentari warnanya pucat.
3.Pada malamnya, Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu tandanya kita tiba-tiba merasa sayu dan kemudian akan menangis teresak-esak secara tiba-tiba. Insya ALLAH. Itulah malam Lailatul Qadar yang dinanti-nantikan.