Wednesday, February 17, 2010

MRSM KOTA PUTRA dapat bas baharu

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Muhammad dan Pengetua MRSM KOTA PUTRA bersama-sama dengan Tan Sri Salleh Sulong, pemilik MASDEF, selepas penyerahan kunci bas TAX 5474, di Puchong, Selangor.


















































Friday, January 15, 2010

Alam Makin Tua dan gerhana suria

Gerhana matahari pada 15.01.10











Selepas menyaksikan gerhana bulan pada 1 Januari, 2010 dan gempa bumi dahsyat yang menggodam bumi Haiti yang memakan korban yang bukan sedikit. Dikatakan melebihi 50,000 orang. Masya ALLAH! Dengan kehendak Tuhan, ianya terjadi dan menimpa Haiti. Kalau dahulu, tsunami yang membelasah Indonesia, Sri Lanka dan sejauh bumi Afrika. Bumi Malaysia juga terkena tempiasnya!



Gunung Berapi Mayon yang dikatakan tercantik itu di Pulau Luzon, Filipina, telah memuntahkan lahar sejak beberapa lama dan akan memakan korban yang mungkin besar juga!



Ini tanda-tanda dunia sudah menjadi semakin tua dan menuju ke hujung. Dunia ini telah berada di akhir zaman!



Kita yang masih hidup tenung-tenung kehidupan kita. Apakah kita masih sibuk berebut untuk mencari harta berkoyan-koyan yang pastinya tidak terpikul ke dunia barzah!


Hari ini 15 Januari, 2010 pada bulan yang sama fenomena gerhana matahari separa pula yang terjadi! Apakah ini bukan tanda-tanda kebesaran ILLAHI? Apakah lagi ujian-ujian ALLAH kepada umat manusia yang akan menjelma? Semuanya dalam pengetahuan dan perencanaan-NYA.



Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Separa Mewarnai Tahun Baharu 2010

Memasuki tahun 2010 dengan anugerah dari ALLAH dengan panorama kejadian yang mengasyikkan, menandakan kebesaran Pencipta-NYA. Kekuasaan dan mungkin ada bayangan di sebaliknya yang jauh daripada pengetahuan manusia.
Tahun Baharu bukan untuk disambut dengan pesta-pestaan, nyanyian dan percikan bunga api yang membazir dan dicalit dengan pelbagai kemaksiatan.
Gerhana bulan sepatutnya disambut dengan rasa rendah diri dan ta'budiah dan melakukan solat gerhana bulan. Itu kebesaran ALLAH dan kita tidak mengetahui apa-apa petunjuk di sebalik kejadian itu. Entah ada harapan dan kejayaan atau mara bahaya dan bencana yang akan menimpa umat manusia sepanjang tahun 2010!
Sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH memberi kita Taufik dan Hidayah-NYA dan menyisihkan kita dari segala mala petaka. Amin ya raRabbul Alamin.

Sunday, November 15, 2009

Buku Dipinjam Dipulangkan Selepas Setengah Abad

Adakah anda percaya jika masih ada seseorang yang masih mengingati kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, setelah 50 tahun berlalu, lalu dibayarkan harga kesalahan itu, walaupun orang yang menanggung kesalahan kita itu telah melupainya sama sekali atau telah puas berusaha untuk mendapatkan penjelasan kita.

Di Phoenix, Amerika, seorang Pustakawan, Georgette Bordine, terperanjat bila menerima kembali 2 buah buku Auduborn Society yang dipinjamkan oleh seseorang pada tahun 1959, iaitu setelah 51 tahun berlalu.

Dimaklumkan buku itu telah tersalah simpan dan dimasukkan ke dalam kotak oleh keluarganya semasa mengemaskan barang-barang kerana berpindah ke tempat lain. Ianya hanya disedari oleh peminjam selepas lebih 50 tahun berlalu. Lalu dikirimkan kembali dua buku tersebut beserta Postal Order bernilai US1,000 dollar sebagai bayaran denda lewat.
Apakah ia akan dibuat oleh warga Malaysia jika ia berlaku di sini? Harapnya begitulah. Orang yang melakukannya memiliki jiwa yang besar dan merdeka. Mereka memikirkan manfaat yang akan diperolehi oleh lain-lain orang yang mengguna dan mengujungi perpustakaan untuk pengembangan ilmu sejagat. Lebih-lebih lagi kalau kita benar-benar mengakui beriman kepada ALLAH. Kita perlu memulangkan apa-apa barang sekali pun kepada orang yang berhak dan tuan punya atas rasa kesedaran dan keimanan! Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh peminjam itu adalah atas rasa ihsan, melebihi dari rasa kebertanggungjawaban.

Tuesday, October 6, 2009

Tiada Perasaan kumpulan Bendera Indonesia

Ketika Negara Indonesia sendiri sedang bergelut dengan bencana gempa dan memerlukan setiap titisan keringat bagi membantu rakyatnya yang sedang menderita ada segelintir rakyatnya yang seolah-olahnya memekakkan telinga dan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Jiran terdekat, Malaysia segera menghulurkan bantuan kepada bangsa serumpun. Tetapi kumpulan Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat) menunjuk protes jalanan kepada Malaysia atas sikap angkuh membuta tuli dengan mengangkat beberapa isu yang telah diperjelaskan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan sepatutnya telah selesai. Betapa angkuhnya mereka ini. Tidakkah mereka melihat kekuasaan ALLAH yang telah diturunkan ke atas bumi Indonesia. Kuatkah mereka berbanding kekuasaan ALLAH yang hanya baru sedikit telah dipertunjukkan. Tidak mahukah tenaga mereka dicurahkan untuk membantu saudara-saudara mereka sendiri yang sedang bergelumang dengan penderitaan dan kebuluran? Keangkuhan yang menutup mata hati mereka. Masya ALLAH. Lihatlah kemusnahan ini..... Pasukan bantuan dari Malaysia tetap meneruskan usaha membantu bangsa serumpun walaupun pesawat yang datang membawa bantuan dilempari batu dan diberi ancaman!
Lihatlah kemunahan ini



Gerakan Bendera yang anti Malaysia

Membuang tenaga percuma di jalanan. Alangkah baik jika digunakan bagi membantu saudara meraka di Sumatera yang dilanda gempa.

Penulis bersama keluarga pernah berkunjung ke Jakarta beberapa bulan dahulu dan bercadang untuk melawat Sumatera di masa akan datang. Dengan adanya ancaman dan peristiwa Bendera ini, penulis membatalkan niat untuk ke sana dalam masa terdekat. Kepada warga Malaysia, berfikirlah dua kali kalau ingin melancong ke Indonesia. Janganlah dibazirkan wang ke sana. Mereka tidak inginkan pertolongan dan wang ringgit kita. Mereka harus merubah minda dan persepsi mereka terhadap Malaysia. Berapa jutakah warga mereka yang berkembara di bumi Malaysia kerana ingin mendapatkan rezeki? Berfikirkah mereka apa akan nasib saudara-saudara mereka di Bumi Malaysia kalau warga Malaysia juga bersikap seperti mereka? Rakyat Malsysia lebih matang dan lebih rasional. Pemerintah Indonesia perlu lebih bertegas menangani isu ini.

Kepada saudara-saudara seagama di Indonesia, berilah respon anda sekiranya membaca blog ini!

Saturday, September 26, 2009

Mercun, perayaan dan kesengsaraan...!

Ini dua kisah yang berlaku semasa perayaan dan sambutan Eidul Fitri.
Kisah1
Kisah inibenar-benar berlaku di malam Eidul Fitri yang baru berlalu. Seorang hamba Allah telah menaiki motorsikal bersama anaknya. Dia baru pulang dari rumah ibunya setelah menikmati hidangan berbuka puasa. Ketika pulang , di satu persimpangan, tiba-tiba satu kawanan lembu menerjah ke tengah jalan raya. Datang sebuah kereta yang laju lalu melanggar salah seekor lembu. Lembu terjatuh ke tengah jalan. Tanpa sempat mengawal motorsikalnya hamba Allah itu terlanggar pula lembu yang jatuh. Dia dan anaknya terjatuh ke tengah jalan. Dengan takdir Tuhan datang pula sebuah kereta lain tanpa kawalan, lalu melanggar hamba Allah. Dia mendapat kecederaan parah dan terus meninggal dunia. Anaknya terselamat.
Dari cerita yang diperolehi, kawanan lembu tadi menerjah ke jalan raya setelah terkejut kerana ada manusia yang tidak bertanggung jawab meletupkan mercun ke arah lembu-lembu itu. Hamba Allah, seorang wanita meninggal dunia gara-gara orang bermain mercun! Dia meninggalkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayangnya! Anak-anaknya menjadi anak yatim.

Kisah 2

Di malam eidulfitri, dua buah keluarga, jiran penulis, riuh rendah kerana ramai keluarga dan anak-anak menantu pulang beraya di kampung. Mereka semuanya orang-orang kota yang turut pulang memeriahkan kampung dan desa. Kedua-dua keluarga itu bermain sakan. Pelbagai jenis bunga api dan mercun yang dibakar. Bila lagi hendak dilepaskan gian untuk membakar mercun dan bunga api. Mula-mula dilancarkan ke udara. Lama-lama mereka berbalas tembak dan ditakdirkan satu mercun telah meletup amat hampir dengan kelompok manusia di sebuah rumah. Kejadian itu menyebabkan keluarga terbabit naik berang. Salah seorangya segera pergi ke rumah keluarga yang menembak mercun ke arah rumah keluarganya. Pergi dengan hati menyinga. Sanggup untuk bertumbuk masa itu. Alhamdulillah, perbalahan tidak berpanjangan. Di malam eidul fitri, sepatutnya umat Islam membanyakkan takbir dan bertahmid, tetapi mereka asyik membakar mercun dan bunga api yang hampir mencetuskan perbalahan, bukannya saling maaf memaafkan.

Kepada manusia yang bergelar muslimin, fahami sambutan hari lebaran. Sambutan syawal sepatutnya lebih banyak menginsafkan bukan sebaliknya. Jagailah perasaan jiran-jiran lain yang mungkin sedang sakit atau sedang bersolat.

Fikir-fikirkanlah dari dua kisah iktibar di atas!





TRIVIA
Mercun asalnya dicipta oleh rakyat negara China. Tradisi membakar mercun mengiringi sambutan Cap Goh Mei. Kononnya untuk menghalau hantu dan jin.

HUKUMAN DALAM ISLAM

Dalam Islam, bagi setiap pembunuhan tidak sengaja, pembunuhnya mestilah membayar diyat kepada keluarga si mati sebanyak 100 ekor unta. Sedaif-daif unta, nilai harganya sekurang-kurangnya bernilai RM1000.00. Bagi 100 ekor unta tentulah sekurang-kurangnya RM100,000.00. bagi iktibar kejadian di atas, bagi sesiapa yang bermain mercun dan tuan punya lembu yang melepaskan lembunya berkeliaran, sewajarnya terpaksa membayar sekurang-kurangnya sebanyak RM100,000.00 kepada keluarga si mati kerana menyebabkan kematian yang tidak disengajakan itu. Begitulah halusnya pertimbangan yang ditetapkan dalam agama dalam penetapan dan menjaga keharmonian serta silaturrahim sesama manusia. Kita diajarkan supaya tidak menyakitkan orang lain dengan apa-apa perbuatan sekalipun. Sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh enam bulan, hutang itu akan terus bertambah. Sekiranya tidak dibayar juga maka si mati akan menuntut hutang itu di hari pembalasan (akhirat) nanti.

Wallahu'alam.






Tuesday, September 1, 2009

WANG BANYAK YANG TIDAK BERKAT

Dengan replika cek yang dimenangi

Dengan tunangnya sebelum berpisah. Dan bersekedudukan dengan seseorang lelaki lain yang menjerumuskan diri dalam dadah dan melahirkan dua orang anak tanpa ikatan perkahwinan.



Wajah berseri ketika menerima berita kemenangan! Kini hanya penderitaan demi penderitaan yang dialami sehinggakan cuba membunuh diri sebanyak tiga kali.
Dalam menyesali diri dia berkata adalah lebih baik kalau dia tidak mengambil wang kemenangan itu sejak dari awal atau tidak mencuba nasib di dalam pembelian loteri. Wang yang banyak itu telah merosakkan dirinya. Wang yang banyak menyebabkan dia berfoya-foya. Membeli dadah sehingga US400,000 dan membeli pakaian sebanyak US730,000. Selebihnya menghabiskan wang membeli kereta mewah dan membelanjakan kawan-kawan berparti. Apa yang tinggal kepadanya kini hanyalah US32,000.
Kepada umat Islam, ambillah iktibar dari peristiwa ini. ALLAH mengingatkan bahawa antara dosa-dosa besar ialah bermain judi. Judi bukan menyenangkan tetapi menjahanamkan!
Callie telah terjun ke dalam lubang hitam yang tidak memungkinkan dia untuk keluar darinya.
Saya terbaca dalam Y!buzz: Pengajaran kepada orang yang tamak mengejar kekayaan dunia. Seorang remaja perempuan bernama Callie Rogers, berusia 16 tahun mendapat durian runtuh tanpa disangka. Dia mendapat kemenangan cabutan loteri sebanyak 3 juta dollar (1 juta Pound Sterling). Dan dia hampir menghabisi kesemuanya dalam tempoh 6 tahun.





Kebanyakan wangnya dihabiskan dengan berfoya-foya dan berparti, membuat pembedahan plastik buah dada dan lebih malang untuk mengambil dadah dan membeli kereta mewah. Dan dia membelanjakan wangnya dengan menempah pakaian sebanyak US730,000. Wangnya hanya berbaki US32,000.

Betapa dia menyesali diri kerana kemenangan itu telah menjerumuskan diri dalam kemusnahan. Bertunang dalam usia muda dan berpisah sebelum bersekedudukan denganseorang lelaki lain yang terus menjerumuskan dirinya dalam kancah dadah dan melahirkan melahirkan dua orang anak.

Katanya: Alangkah baiknya kalau dia tidak memenangi atau memulangkan kesemua wang kepada penganjur Loteri atau tidak mencuba bertaruh dari awal kalau inilah yang bakal dialaminya. tetapi nasi telah menjadi bubur. Dia menyesali diri kini. Terperangkap dalam kemeranaan kesihatan dan mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan dia telah cuba untuk membunuh diri sebanyak 3 kali!

Apakah orang-orang Islam yang lupa diri dan terus hanyut untuk terus bergelumang dalam judi?