
Tuesday, April 20, 2010
EYJAFJALLAJOKULL

Monday, March 29, 2010
DUNIA KESEMPURNAAN

Wednesday, February 17, 2010
MRSM KOTA PUTRA dapat bas baharu
Friday, January 15, 2010
Alam Makin Tua dan gerhana suria



Thursday, December 31, 2009
Gerhana Bulan Separa Mewarnai Tahun Baharu 2010

Tahun Baharu bukan untuk disambut dengan pesta-pestaan, nyanyian dan percikan bunga api yang membazir dan dicalit dengan pelbagai kemaksiatan.
Gerhana bulan sepatutnya disambut dengan rasa rendah diri dan ta'budiah dan melakukan solat gerhana bulan. Itu kebesaran ALLAH dan kita tidak mengetahui apa-apa petunjuk di sebalik kejadian itu. Entah ada harapan dan kejayaan atau mara bahaya dan bencana yang akan menimpa umat manusia sepanjang tahun 2010!
Sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH memberi kita Taufik dan Hidayah-NYA dan menyisihkan kita dari segala mala petaka. Amin ya raRabbul Alamin.
Sunday, November 15, 2009
Buku Dipinjam Dipulangkan Selepas Setengah Abad

Di Phoenix, Amerika, seorang Pustakawan, Georgette Bordine, terperanjat bila menerima kembali 2 buah buku Auduborn Society yang dipinjamkan oleh seseorang pada tahun 1959, iaitu setelah 51 tahun berlalu.
Dimaklumkan buku itu telah tersalah simpan dan dimasukkan ke dalam kotak oleh keluarganya semasa mengemaskan barang-barang kerana berpindah ke tempat lain. Ianya hanya disedari oleh peminjam selepas lebih 50 tahun berlalu. Lalu dikirimkan kembali dua buku tersebut beserta Postal Order bernilai US1,000 dollar sebagai bayaran denda lewat.
Apakah ia akan dibuat oleh warga Malaysia jika ia berlaku di sini? Harapnya begitulah. Orang yang melakukannya memiliki jiwa yang besar dan merdeka. Mereka memikirkan manfaat yang akan diperolehi oleh lain-lain orang yang mengguna dan mengujungi perpustakaan untuk pengembangan ilmu sejagat. Lebih-lebih lagi kalau kita benar-benar mengakui beriman kepada ALLAH. Kita perlu memulangkan apa-apa barang sekali pun kepada orang yang berhak dan tuan punya atas rasa kesedaran dan keimanan! Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh peminjam itu adalah atas rasa ihsan, melebihi dari rasa kebertanggungjawaban.
Tuesday, October 6, 2009
Tiada Perasaan kumpulan Bendera Indonesia

Jiran terdekat, Malaysia segera menghulurkan bantuan kepada bangsa serumpun. Tetapi kumpulan Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat) menunjuk protes jalanan kepada Malaysia atas sikap angkuh membuta tuli dengan mengangkat beberapa isu yang telah diperjelaskan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan sepatutnya telah selesai. Betapa angkuhnya mereka ini. Tidakkah mereka melihat kekuasaan ALLAH yang telah diturunkan ke atas bumi Indonesia. Kuatkah mereka berbanding kekuasaan ALLAH yang hanya baru sedikit telah dipertunjukkan. Tidak mahukah tenaga mereka dicurahkan untuk membantu saudara-saudara mereka sendiri yang sedang bergelumang dengan penderitaan dan kebuluran? Keangkuhan yang menutup mata hati mereka. Masya ALLAH. Lihatlah kemusnahan ini.....







Membuang tenaga percuma di jalanan. Alangkah baik jika digunakan bagi membantu saudara meraka di Sumatera yang dilanda gempa.
Penulis bersama keluarga pernah berkunjung ke Jakarta beberapa bulan dahulu dan bercadang untuk melawat Sumatera di masa akan datang. Dengan adanya ancaman dan peristiwa Bendera ini, penulis membatalkan niat untuk ke sana dalam masa terdekat. Kepada warga Malaysia, berfikirlah dua kali kalau ingin melancong ke Indonesia. Janganlah dibazirkan wang ke sana. Mereka tidak inginkan pertolongan dan wang ringgit kita. Mereka harus merubah minda dan persepsi mereka terhadap Malaysia. Berapa jutakah warga mereka yang berkembara di bumi Malaysia kerana ingin mendapatkan rezeki? Berfikirkah mereka apa akan nasib saudara-saudara mereka di Bumi Malaysia kalau warga Malaysia juga bersikap seperti mereka? Rakyat Malsysia lebih matang dan lebih rasional. Pemerintah Indonesia perlu lebih bertegas menangani isu ini.
Kepada saudara-saudara seagama di Indonesia, berilah respon anda sekiranya membaca blog ini!