Sunday, November 15, 2009

Buku Dipinjam Dipulangkan Selepas Setengah Abad

Adakah anda percaya jika masih ada seseorang yang masih mengingati kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, setelah 50 tahun berlalu, lalu dibayarkan harga kesalahan itu, walaupun orang yang menanggung kesalahan kita itu telah melupainya sama sekali atau telah puas berusaha untuk mendapatkan penjelasan kita.

Di Phoenix, Amerika, seorang Pustakawan, Georgette Bordine, terperanjat bila menerima kembali 2 buah buku Auduborn Society yang dipinjamkan oleh seseorang pada tahun 1959, iaitu setelah 51 tahun berlalu.

Dimaklumkan buku itu telah tersalah simpan dan dimasukkan ke dalam kotak oleh keluarganya semasa mengemaskan barang-barang kerana berpindah ke tempat lain. Ianya hanya disedari oleh peminjam selepas lebih 50 tahun berlalu. Lalu dikirimkan kembali dua buku tersebut beserta Postal Order bernilai US1,000 dollar sebagai bayaran denda lewat.
Apakah ia akan dibuat oleh warga Malaysia jika ia berlaku di sini? Harapnya begitulah. Orang yang melakukannya memiliki jiwa yang besar dan merdeka. Mereka memikirkan manfaat yang akan diperolehi oleh lain-lain orang yang mengguna dan mengujungi perpustakaan untuk pengembangan ilmu sejagat. Lebih-lebih lagi kalau kita benar-benar mengakui beriman kepada ALLAH. Kita perlu memulangkan apa-apa barang sekali pun kepada orang yang berhak dan tuan punya atas rasa kesedaran dan keimanan! Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh peminjam itu adalah atas rasa ihsan, melebihi dari rasa kebertanggungjawaban.