Wednesday, March 16, 2011

Tsunami...tsunami!

Rasanya masih baru benar tsunami yang melanda Acheh. Kini ia berlaku lagi dengan peraturan dan kehendak ALLAH SWT. Sebahagian kecil dari Kiamat yang akan tiba, sesuatu yang yang pasti berlaku seperti yang dijanjikan oleh-NYA.


Apakah peristiwa ini menjadi iktibar kepada kita semua? Insafkah kita dengan segala kemungkaran dan perosakan alam ini yang menjadi penyebab besar kepada kemusnahan alam. Ditambah lagi dengan kebimbangan  kebocoran loji nuklear Dai-ichi Fukushima berhampiran Sendai, Jepun. Bukan satu tetapi tiga dan empat, sehinggakan kerajaan Jepun meminta Askar Amerika untuk membantu untuk membetulkan kebocoran loji yang sedang parah itu! Dan terbaru, mereka telahpun berputus asa untuk untuk menyekat kebocoran yang telahpun mengalir ke lautan Pacific. satu-satunya cara yang masih dipertimbangkan ialah untuk mengambuskannnya dengan simen. Para pembinanya telah memohon maaf kepada rakyat Jepun dan menyesali apa yang berlaku! Mahukah kita mengulangi di tanah air kita? Tidak!!!!
Dan kita yang berada jauh beribu-ribu batu dari Jepun masih juga menimbang-nimbang untuk meneruskan pembinaan Nuclear reactors di masa depan! Kita tidak pernah mahu belajar apa-apa. Negara semaju Jepun pun gagal untuk mengelakkan peristiwa yang telah mencapai bahaya tahap 4 itu, kita yang hanya memiliki sedikit pengetahuan dan belum berpengalaman mahu terus meneruskan. Alahai! Janganlah ia dibina berhampiran tempat tinggal kita.

Dan saya cukup tabik kepada rakyat Jepun yang kelihatan tenang dalam menghadapi kegawatan dan tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan. kalaulah rakyat kita yang mengalaminya, bagaimanalah lagaknya. Sedangkan lori yang terbalik, berebut-rebut orang mengambil kesempatan mencuri bagai orang kelaparan dan penasaran, mengambil hak orang tanpa menilik siapa kita dan di mana Tuhan! Masya ALLAH.

Japan earthquake: CCTV video of tsunami wave hitting Sendai airport