Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Separa Mewarnai Tahun Baharu 2010

Memasuki tahun 2010 dengan anugerah dari ALLAH dengan panorama kejadian yang mengasyikkan, menandakan kebesaran Pencipta-NYA. Kekuasaan dan mungkin ada bayangan di sebaliknya yang jauh daripada pengetahuan manusia.
Tahun Baharu bukan untuk disambut dengan pesta-pestaan, nyanyian dan percikan bunga api yang membazir dan dicalit dengan pelbagai kemaksiatan.
Gerhana bulan sepatutnya disambut dengan rasa rendah diri dan ta'budiah dan melakukan solat gerhana bulan. Itu kebesaran ALLAH dan kita tidak mengetahui apa-apa petunjuk di sebalik kejadian itu. Entah ada harapan dan kejayaan atau mara bahaya dan bencana yang akan menimpa umat manusia sepanjang tahun 2010!
Sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH memberi kita Taufik dan Hidayah-NYA dan menyisihkan kita dari segala mala petaka. Amin ya raRabbul Alamin.

Sunday, November 15, 2009

Buku Dipinjam Dipulangkan Selepas Setengah Abad

Adakah anda percaya jika masih ada seseorang yang masih mengingati kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, setelah 50 tahun berlalu, lalu dibayarkan harga kesalahan itu, walaupun orang yang menanggung kesalahan kita itu telah melupainya sama sekali atau telah puas berusaha untuk mendapatkan penjelasan kita.

Di Phoenix, Amerika, seorang Pustakawan, Georgette Bordine, terperanjat bila menerima kembali 2 buah buku Auduborn Society yang dipinjamkan oleh seseorang pada tahun 1959, iaitu setelah 51 tahun berlalu.

Dimaklumkan buku itu telah tersalah simpan dan dimasukkan ke dalam kotak oleh keluarganya semasa mengemaskan barang-barang kerana berpindah ke tempat lain. Ianya hanya disedari oleh peminjam selepas lebih 50 tahun berlalu. Lalu dikirimkan kembali dua buku tersebut beserta Postal Order bernilai US1,000 dollar sebagai bayaran denda lewat.
Apakah ia akan dibuat oleh warga Malaysia jika ia berlaku di sini? Harapnya begitulah. Orang yang melakukannya memiliki jiwa yang besar dan merdeka. Mereka memikirkan manfaat yang akan diperolehi oleh lain-lain orang yang mengguna dan mengujungi perpustakaan untuk pengembangan ilmu sejagat. Lebih-lebih lagi kalau kita benar-benar mengakui beriman kepada ALLAH. Kita perlu memulangkan apa-apa barang sekali pun kepada orang yang berhak dan tuan punya atas rasa kesedaran dan keimanan! Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh peminjam itu adalah atas rasa ihsan, melebihi dari rasa kebertanggungjawaban.

Tuesday, October 6, 2009

Tiada Perasaan kumpulan Bendera Indonesia

Ketika Negara Indonesia sendiri sedang bergelut dengan bencana gempa dan memerlukan setiap titisan keringat bagi membantu rakyatnya yang sedang menderita ada segelintir rakyatnya yang seolah-olahnya memekakkan telinga dan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Jiran terdekat, Malaysia segera menghulurkan bantuan kepada bangsa serumpun. Tetapi kumpulan Bendera (Benteng Demokrasi Rakyat) menunjuk protes jalanan kepada Malaysia atas sikap angkuh membuta tuli dengan mengangkat beberapa isu yang telah diperjelaskan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan sepatutnya telah selesai. Betapa angkuhnya mereka ini. Tidakkah mereka melihat kekuasaan ALLAH yang telah diturunkan ke atas bumi Indonesia. Kuatkah mereka berbanding kekuasaan ALLAH yang hanya baru sedikit telah dipertunjukkan. Tidak mahukah tenaga mereka dicurahkan untuk membantu saudara-saudara mereka sendiri yang sedang bergelumang dengan penderitaan dan kebuluran? Keangkuhan yang menutup mata hati mereka. Masya ALLAH. Lihatlah kemusnahan ini..... Pasukan bantuan dari Malaysia tetap meneruskan usaha membantu bangsa serumpun walaupun pesawat yang datang membawa bantuan dilempari batu dan diberi ancaman!
Lihatlah kemunahan ini



Gerakan Bendera yang anti Malaysia

Membuang tenaga percuma di jalanan. Alangkah baik jika digunakan bagi membantu saudara meraka di Sumatera yang dilanda gempa.

Penulis bersama keluarga pernah berkunjung ke Jakarta beberapa bulan dahulu dan bercadang untuk melawat Sumatera di masa akan datang. Dengan adanya ancaman dan peristiwa Bendera ini, penulis membatalkan niat untuk ke sana dalam masa terdekat. Kepada warga Malaysia, berfikirlah dua kali kalau ingin melancong ke Indonesia. Janganlah dibazirkan wang ke sana. Mereka tidak inginkan pertolongan dan wang ringgit kita. Mereka harus merubah minda dan persepsi mereka terhadap Malaysia. Berapa jutakah warga mereka yang berkembara di bumi Malaysia kerana ingin mendapatkan rezeki? Berfikirkah mereka apa akan nasib saudara-saudara mereka di Bumi Malaysia kalau warga Malaysia juga bersikap seperti mereka? Rakyat Malsysia lebih matang dan lebih rasional. Pemerintah Indonesia perlu lebih bertegas menangani isu ini.

Kepada saudara-saudara seagama di Indonesia, berilah respon anda sekiranya membaca blog ini!

Saturday, September 26, 2009

Mercun, perayaan dan kesengsaraan...!

Ini dua kisah yang berlaku semasa perayaan dan sambutan Eidul Fitri.
Kisah1
Kisah inibenar-benar berlaku di malam Eidul Fitri yang baru berlalu. Seorang hamba Allah telah menaiki motorsikal bersama anaknya. Dia baru pulang dari rumah ibunya setelah menikmati hidangan berbuka puasa. Ketika pulang , di satu persimpangan, tiba-tiba satu kawanan lembu menerjah ke tengah jalan raya. Datang sebuah kereta yang laju lalu melanggar salah seekor lembu. Lembu terjatuh ke tengah jalan. Tanpa sempat mengawal motorsikalnya hamba Allah itu terlanggar pula lembu yang jatuh. Dia dan anaknya terjatuh ke tengah jalan. Dengan takdir Tuhan datang pula sebuah kereta lain tanpa kawalan, lalu melanggar hamba Allah. Dia mendapat kecederaan parah dan terus meninggal dunia. Anaknya terselamat.
Dari cerita yang diperolehi, kawanan lembu tadi menerjah ke jalan raya setelah terkejut kerana ada manusia yang tidak bertanggung jawab meletupkan mercun ke arah lembu-lembu itu. Hamba Allah, seorang wanita meninggal dunia gara-gara orang bermain mercun! Dia meninggalkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayangnya! Anak-anaknya menjadi anak yatim.

Kisah 2

Di malam eidulfitri, dua buah keluarga, jiran penulis, riuh rendah kerana ramai keluarga dan anak-anak menantu pulang beraya di kampung. Mereka semuanya orang-orang kota yang turut pulang memeriahkan kampung dan desa. Kedua-dua keluarga itu bermain sakan. Pelbagai jenis bunga api dan mercun yang dibakar. Bila lagi hendak dilepaskan gian untuk membakar mercun dan bunga api. Mula-mula dilancarkan ke udara. Lama-lama mereka berbalas tembak dan ditakdirkan satu mercun telah meletup amat hampir dengan kelompok manusia di sebuah rumah. Kejadian itu menyebabkan keluarga terbabit naik berang. Salah seorangya segera pergi ke rumah keluarga yang menembak mercun ke arah rumah keluarganya. Pergi dengan hati menyinga. Sanggup untuk bertumbuk masa itu. Alhamdulillah, perbalahan tidak berpanjangan. Di malam eidul fitri, sepatutnya umat Islam membanyakkan takbir dan bertahmid, tetapi mereka asyik membakar mercun dan bunga api yang hampir mencetuskan perbalahan, bukannya saling maaf memaafkan.

Kepada manusia yang bergelar muslimin, fahami sambutan hari lebaran. Sambutan syawal sepatutnya lebih banyak menginsafkan bukan sebaliknya. Jagailah perasaan jiran-jiran lain yang mungkin sedang sakit atau sedang bersolat.

Fikir-fikirkanlah dari dua kisah iktibar di atas!





TRIVIA
Mercun asalnya dicipta oleh rakyat negara China. Tradisi membakar mercun mengiringi sambutan Cap Goh Mei. Kononnya untuk menghalau hantu dan jin.

HUKUMAN DALAM ISLAM

Dalam Islam, bagi setiap pembunuhan tidak sengaja, pembunuhnya mestilah membayar diyat kepada keluarga si mati sebanyak 100 ekor unta. Sedaif-daif unta, nilai harganya sekurang-kurangnya bernilai RM1000.00. Bagi 100 ekor unta tentulah sekurang-kurangnya RM100,000.00. bagi iktibar kejadian di atas, bagi sesiapa yang bermain mercun dan tuan punya lembu yang melepaskan lembunya berkeliaran, sewajarnya terpaksa membayar sekurang-kurangnya sebanyak RM100,000.00 kepada keluarga si mati kerana menyebabkan kematian yang tidak disengajakan itu. Begitulah halusnya pertimbangan yang ditetapkan dalam agama dalam penetapan dan menjaga keharmonian serta silaturrahim sesama manusia. Kita diajarkan supaya tidak menyakitkan orang lain dengan apa-apa perbuatan sekalipun. Sekiranya tidak dijelaskan dalam tempoh enam bulan, hutang itu akan terus bertambah. Sekiranya tidak dibayar juga maka si mati akan menuntut hutang itu di hari pembalasan (akhirat) nanti.

Wallahu'alam.






Tuesday, September 1, 2009

WANG BANYAK YANG TIDAK BERKAT

Dengan replika cek yang dimenangi

Dengan tunangnya sebelum berpisah. Dan bersekedudukan dengan seseorang lelaki lain yang menjerumuskan diri dalam dadah dan melahirkan dua orang anak tanpa ikatan perkahwinan.



Wajah berseri ketika menerima berita kemenangan! Kini hanya penderitaan demi penderitaan yang dialami sehinggakan cuba membunuh diri sebanyak tiga kali.
Dalam menyesali diri dia berkata adalah lebih baik kalau dia tidak mengambil wang kemenangan itu sejak dari awal atau tidak mencuba nasib di dalam pembelian loteri. Wang yang banyak itu telah merosakkan dirinya. Wang yang banyak menyebabkan dia berfoya-foya. Membeli dadah sehingga US400,000 dan membeli pakaian sebanyak US730,000. Selebihnya menghabiskan wang membeli kereta mewah dan membelanjakan kawan-kawan berparti. Apa yang tinggal kepadanya kini hanyalah US32,000.
Kepada umat Islam, ambillah iktibar dari peristiwa ini. ALLAH mengingatkan bahawa antara dosa-dosa besar ialah bermain judi. Judi bukan menyenangkan tetapi menjahanamkan!
Callie telah terjun ke dalam lubang hitam yang tidak memungkinkan dia untuk keluar darinya.
Saya terbaca dalam Y!buzz: Pengajaran kepada orang yang tamak mengejar kekayaan dunia. Seorang remaja perempuan bernama Callie Rogers, berusia 16 tahun mendapat durian runtuh tanpa disangka. Dia mendapat kemenangan cabutan loteri sebanyak 3 juta dollar (1 juta Pound Sterling). Dan dia hampir menghabisi kesemuanya dalam tempoh 6 tahun.





Kebanyakan wangnya dihabiskan dengan berfoya-foya dan berparti, membuat pembedahan plastik buah dada dan lebih malang untuk mengambil dadah dan membeli kereta mewah. Dan dia membelanjakan wangnya dengan menempah pakaian sebanyak US730,000. Wangnya hanya berbaki US32,000.

Betapa dia menyesali diri kerana kemenangan itu telah menjerumuskan diri dalam kemusnahan. Bertunang dalam usia muda dan berpisah sebelum bersekedudukan denganseorang lelaki lain yang terus menjerumuskan dirinya dalam kancah dadah dan melahirkan melahirkan dua orang anak.

Katanya: Alangkah baiknya kalau dia tidak memenangi atau memulangkan kesemua wang kepada penganjur Loteri atau tidak mencuba bertaruh dari awal kalau inilah yang bakal dialaminya. tetapi nasi telah menjadi bubur. Dia menyesali diri kini. Terperangkap dalam kemeranaan kesihatan dan mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan dia telah cuba untuk membunuh diri sebanyak 3 kali!

Apakah orang-orang Islam yang lupa diri dan terus hanyut untuk terus bergelumang dalam judi?

Friday, August 21, 2009

Kata-kata atas batu

Kepada pembaca cuba hayati kata-kata hikmat

yang tertulis di atas batu di taman seni Ancol:



Manusia tanpa cita-cita adalah mati

Cita-cita tanpa kerja adalah mimpi

idaman yang menjadi kenyataan

adalah kebahagian.

- 2 Julai 1977

H. Ali Sadikin

Mantan Menteri Luar

Indonesia


Sekitar taman tema di Ancol

Tugu peringatan Jakarta





Lukisan di Ancol







Berdiri di depan monumen yang dikatakan
puncaknya bersadur 20 kg emas!







Di kawasan monumen nasional Jakarta










Lukisan yang dipamer dan untuk dijual, Ancol.









Blogger di depan salah satu gerai kesenian Ancol












Sebuah restoran di Jakarta












Wednesday, August 19, 2009

Tornadoes...how do you face them?

The tornado... it does not occur from the natural phenomena
but from the will of Mighty God!
Disastrous!

Deadly!


It strucked Minneapolis a few days ago.




Leaving the debris along!
Sympathy with the victims.



Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Al-Mubarak

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai 22/08/2009
Semoga ALLAH memberkati kita semua
Memperbanyakkan amal di dalam bulan yang penuh berkat
dijanjikan pahala yang berganda-ganda berbanding bulan-
bulan yang lain.



Tuesday, August 18, 2009

FIRST ANIMAL TO SPACE...to die


The first spider to make web
on space

The first monkey launched
to space!


Man like to experiment, yet too afraid too take risk and to begin with
man themselves. Animals had to be the first, either to succeed or
to die first!
Laika, the first dog launched to orbit
and died a few hours after.








Thursday, August 13, 2009

Hari Keluarga di Cameron Highland

Taman Orkid MARDI
Berlatarkan Kebun Teh di MARDI Cameron Highland

Taman kaktus MARDI


Berlatarkan kebun anggur



Kegembiraan keluarga




Menunggu cabutan bertuah........





Kemeriahan warga MRSM KOPU






Blogger bersama anak bongsu........







Ewah.....romantiknya pasangan keluarga ini!








Tempat penginapan... Apartmen Dahlia,
Cameron Highland.









Monday, August 10, 2009

TITISAN KERINGAT....seorang buruh!

Oreo dan Suhaidi sedang bekerja di bawah terik
mentari


Baru-baru ini saya telah mengupah dua orang pekerja Indonesia untuk menyudahkan pemasangan jubin lantai di anjung kereta dan dan meratakan pasir di halaman rumah. Mereka menyiapkan kerja-kerja dalam tempoh 3 hari sahaja. Oreo dan Suhaidi, begitulah nama dua anak muda tersebut. Datang dari Madura di sebelah Jawa Timur. Mereka datang dengan semangat dan berbekalkan kecekalan, keberanian dan sedikit kemahiran. Ingin mencuba nasib di rautau orang. Mereka bertungkus lumus mencari ongkos untuk tambang dan membayar permit kerja yang dikira amat banyak bagi mereka yang tergolong dalam keluarga miskin. Saya hanya membekalkan mereka nasi bungkus untuk makan tengah hari kerana saya suami isteri bekerja. Mereka sendiri hanya berbekalkan satu botol air mineral seorang tanpa apa-apa bekalan makanan.



Apa yang diperhatikan mereka jarang berehat semasa bekerja. Mengerah keringat dan tenaga bagi menyiapkan kerja secepat mungkin supaya dapat pula mereka melakukan kerja-kerja lain.
Oreo telah berkahwin pada usia muda. Bagi memberi makan untuk dua orang, tentulah dia terpaksa bekerja lebih gigih. Saya bukanlah memuji atas kerajinan mereka berbanding pekerja dari Malaysia yang lebih banyak berehat dan hanya melakukan kerja-kerja sehingga jam 3 petang sahaja. Pekerja Indonesia sanggup bekerja sehingga lewat petang sehingga lebih jam 7 petang.
Saya diberitahu, mereka telah datang bekerja hampir satu tahun di Malaysia dan bekerja di tapak satu projek di negeri Terengganu. Apa yang menyedihkan, mereka dikantoi oleh kontraktor. Upah kerja tidak dibayar selama 7 bulan. Kontraktor tersebut telah cabut lari meninggalkan pekerja-pekerja mereka terlonta-lonta di rumah kongsi. Kalau sudah 7 bulan upah tidak berbayar, dengan apakah mereka mahu membeli barang-barang keperluan, terutamanya untuk mengisi tembolok? Alangkah tidak berperikemanusiaannya kontraktor itu. Kalaulah hati mereka jahat dan atas dasar terdesak dan terpaksa, kemungkinan mereka terpaksa mencuri dan menyamun! Siapakah yang menyebabkan mereka terpaksa melakukan pekerjaan tersebut? Mereka datang dengan niat ikhlas dan ingin mencari rezeki halal, tetapi kalau sudah terpaksa, bagaimana?Pekerja-pekerja memerlukan wang untuk mengisi dan mengalas perut dan untuk menanggung keluarga di Malaysia dan di kampung halaman! Sampainya hati mereka memperlakukan demikian. Bersimpatilah kepada mereka atas dasar kemanusiaan dan mereka juga beragama Islam! Mereka juga mahu hidup dan menanggung keluarga!

Friday, July 24, 2009

Jasa PETRONAS


Sewaktu menaiki bas, Pak Tato yang menjadi jurutunjuk dan jurucakap syarikat pelancongan yang membawa saya dan rombongan melawat sekitar Jakarta secara tidak sengaja telah memberitahu, sejak kedatangan Petronas membuka setesen minyak di negaranya, telah membuka senario baru di negara Indonesia. Kebiasaannya setesen minyak yang kebanyakannya dimonopoli oleh syarikat-syarikat negara Barat, menjual minyak tidak mengikut sukatan yang betul. Ada penipuan dari segi kuantiti yang diisikan ke dalam tangki kenderaan. Dalam kata lain mengurangi jumlah kuantiti. Pengguna membayar harga mengikut jumlah yang ditetapkan tetapi dikurangi kuantiti semasa dimasukkan ke tangki kenderaan.

Tetapi bila Petronas mula memasuki pasaran Indonesia, jualan minyak oleh Petronas mengikut harga dan kuantiti sebenar. Dengan itu pengguna mula membanjiri dan meminati untuk menggunakan minyak di setesen Petronas. Begitulah peniaga yang jujur dan mengikut lunas-lunas perniagaan yang diajarkan dalam Islam. Sebelumnya syarikat minyak lain berurusniaga dengan cara yang kurang elok bagi mengaut keuntungan segera. Lalu Petronas telah mengubah senario perniagaan minyak di Indonesia. Itulah yang dikatakan oleh Pak Tato. Harap-harapnya itu adalah kebenaran dan hakikat sebenarnya.

Akhirnya syarikat minyak lain terpaksa mengikut jejak langkah PETRONAS! sesuatu yang patut warga Malaysia banggakan. Petronas telah banyak menyumbang untuk kemajuan negara dan memenuhi kantung kerajaan melalui hasil emas hitam yang diteroka di dalam dan luar negara.