Monday, December 27, 2010

ALLAH memakbulkan DOA....

Tanggal 12.12.2010 (AHAD) merupakan tarikh keramat bagi keluarga, terutama anak sulung yang mencapai cita-citanya untuk mengikuti kelas penerbangan untuk mendapatkan CPL (Commercial Pilot Licence) dengan Instrument Rating. Mula melapor diri  di APFT (Asia Pacific Flight Training) di Pengkalan Chepa. Betapa tingginya cita-cita, setinggi awan di atas puncak Himalaya! Betapa sukarnya untuk mendapatkan pinjaman atau tajaan. Perbelanjaan untuk mengikuti kursus dan kelas penerbangan lebih kurang 18 bulan itu memerlukan kos yang bukan sedikit bagi rakyat marhean  -  menelan belanja hampir suku juta Ringgit! Hanya kepada ALLAH tempat mengadu dan memohon. Dengan pertolongan-NYA memberi kemudahan dan menggerakkan hati-hati manusia menolong dan membantu anak memperolehi pinjaman yang diperlukan. Alhamdulilillah dengan tajaan/pinjaman Yayasan Terengganu, ia menjadi kenyataan - senyata moto AFFT  - Dreams Realised. Terima kasih Yayasan Terengganu. Dia benar-benar menanam azam untuk menjadi seorang pilot yang berjaya! Semoga dia berjaya dan menjadi manusia yang beriman! Amin.

Penghujung tahun 2010

Pada penghujung tahun 2010, hanya beberapa hari akan menjelma wajah baharu 2011, seperti air mengalir yang terjun dari atas gunung dan mencurah ke lembah dan lurah-lurah. Tidak henti-henti mengalir. Pekerjaan bagaikan tidak pernah surut-surut.
Telah mencuba membaca beberapa buah buku yang dibeli dal;am tempoh terdekat. Tidak kurang 5 buah/set.
Satu pun tidak kehabisan. bagaikan habis energi dan seluruh kekuatan untuk menghayati. hanya set buku set siri-siri cerita teladan dari Al_Quran dua belas jilid dihabiskan dalam tempoh kurang setengah jam. Buku cerita untuk kanak-kanak: Nipis dan bergambar serta ringkas. Buku Gadis-Gadis Kota Riyadh, Matahari Di Atas Gilli, Mencari Khalidah dan ada 3 buah buku lagi belum tersentuh. Hilang sinergi untuk meneruskan kerana terlalu banyak kerja-kerja lain yang terpaksa didahulukan.
Ada sebuah buku yang ditulis belum diedit dan seboleh-bolehnya cuba akan dihantar untuk pernebitan pada tahun 2011. Harapnya niat itu tercapai!

Thursday, December 2, 2010

Terengganu Monsoon Cup 2010 PULAU DUYUNG

It started on 27th November till 5 December 2010 at Pulau Duyung, Kuala Terengganu.
                                                             Near Jetty
                                           Ri-Yaz Heritage Resort & Spa, Pulau Duyung
                                           The competition.....




                                           Which one is the winner?


                                           Against the monsoon wind
From the angle of rear  China Town, Kuala Terengganu

Malaysian Wood- Crafts

The exhibition had been held on 2-3 December, 2010 at Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu.