Monday, December 27, 2010

Penghujung tahun 2010

Pada penghujung tahun 2010, hanya beberapa hari akan menjelma wajah baharu 2011, seperti air mengalir yang terjun dari atas gunung dan mencurah ke lembah dan lurah-lurah. Tidak henti-henti mengalir. Pekerjaan bagaikan tidak pernah surut-surut.
Telah mencuba membaca beberapa buah buku yang dibeli dal;am tempoh terdekat. Tidak kurang 5 buah/set.
Satu pun tidak kehabisan. bagaikan habis energi dan seluruh kekuatan untuk menghayati. hanya set buku set siri-siri cerita teladan dari Al_Quran dua belas jilid dihabiskan dalam tempoh kurang setengah jam. Buku cerita untuk kanak-kanak: Nipis dan bergambar serta ringkas. Buku Gadis-Gadis Kota Riyadh, Matahari Di Atas Gilli, Mencari Khalidah dan ada 3 buah buku lagi belum tersentuh. Hilang sinergi untuk meneruskan kerana terlalu banyak kerja-kerja lain yang terpaksa didahulukan.
Ada sebuah buku yang ditulis belum diedit dan seboleh-bolehnya cuba akan dihantar untuk pernebitan pada tahun 2011. Harapnya niat itu tercapai!

No comments: