Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan Separa Mewarnai Tahun Baharu 2010

Memasuki tahun 2010 dengan anugerah dari ALLAH dengan panorama kejadian yang mengasyikkan, menandakan kebesaran Pencipta-NYA. Kekuasaan dan mungkin ada bayangan di sebaliknya yang jauh daripada pengetahuan manusia.
Tahun Baharu bukan untuk disambut dengan pesta-pestaan, nyanyian dan percikan bunga api yang membazir dan dicalit dengan pelbagai kemaksiatan.
Gerhana bulan sepatutnya disambut dengan rasa rendah diri dan ta'budiah dan melakukan solat gerhana bulan. Itu kebesaran ALLAH dan kita tidak mengetahui apa-apa petunjuk di sebalik kejadian itu. Entah ada harapan dan kejayaan atau mara bahaya dan bencana yang akan menimpa umat manusia sepanjang tahun 2010!
Sama-samalah kita berdoa semoga ALLAH memberi kita Taufik dan Hidayah-NYA dan menyisihkan kita dari segala mala petaka. Amin ya raRabbul Alamin.