Bukanlah apa-apa, cuma mahu rasa nyaman dan sejuknya udara di puncak sana.
Tetapi sebaliknya cuaca sejuk entah ke mana menghilang. Rasanya panas semacam juga,
seperti di bawah sana!
Click here to add cool Smileys to this website for FREE!
Eyjafjallajokull - Bagaimana mahu menyebutnya? (Ay-yah-FYAH-lah-yer-kuhl) Begitulah lebih kurang bunyinya. Nama sebuah gunung berapi di Iceland yang meletuskan lahar dan debu yang telah mendatangkan kesusahan terutama kepada industri pelancongan dan penerbangan. Ia mencakupi sebahagian besar Eropah dan menjejaskan juga penerbangan masuk dari negara-negara lain di dunia ke Eropah. Kebanyakan syarikat penerbangan terpaksa membatalkan pelepasan penerbangan. Kerugian yang ditanggung memakan ratusan dan jutaan dollar sehari.