Monday, November 29, 2010

DUNIA BUKU DAN NEGARA MAJU

SAYA amat tertarik dengan satu slot perspektif di RTM pada pagi Selasa 30.11.2010 yang membincangkan kemajuan percetakan dan penerbitan buku. Dengan kecanggihan teknologi, satu buku dapat dicetak dalam tempoh satu jam. 500 muka surat dapat dicetak dalam tempoh 60 minit!
                                                  



Dan dalam wawasan negara untuk menempatkan diri sebaris dengan negara maju menjelang 2020. Dan ciri-ciri untuk mencapai status tersebut, penerbitan buku mestilah mencapai 1,000 judul buku bagi setiap 1 juta penduduk. Kalau bilangan rakyat Malaysia mencapai 30 juta menjelang 2020, bermakna negara memerlukan penerbitan 30,000 judul buku. Agak-agaknya berapa ramai yang hendak menulisnya? Ia meliputi pelbagai genre dan cakupan pelbagai jenis buku ilmiah dan non-ilmiah (termasuk novel). pada ketika itu Malaysia memiliki lebihkurang 50,000 orang pensyarah yang menyampaikan pelbagai disiplin ilmu. Kalau setiap seorang dapat menghasil sebuah buku, ianya bukan sesuatu yang mustahil! tetapi berapa ramaikah para pensyarah kita yang menulis buku. Kalau dalan 100 orang, seorang yang menulis, maka kita hanya dapat menghasilkan 500 buku sahaja setahun!
                                                               

Kalau yang menulisnya kurang, yang membacanya juga kurang. Mengikut bancian, purata rakyat Malaysia hanya membaca 2 buah buku sahaja setahun. Apakah Malaysia akan menjadi negara maju tanpa mempunyai rakyatnya yang tidak suka membaca? Bagaimana kita mahu melihat majoriti warga yang gemar membaca dan menjadi pembacaan buku sebagai hobi setiap orang? Kita tentu mahu melihat setiap orang membaca di serata tempat: di setesyen bas, dalam kenderaan awam, di atas kapal terbang, hatta di atas masjid (di luar waktu solat).
Kalau kita pergi ke negara Eropah, Jepun, Amerika dan banyak negara lagi, kita sepatutnya malu kepada mereka. Kita yang beragama Islam telah disarankan mencari ilmu dengan turunnya ayat pertama firman ALLAH kepada Rasulullah: IQRA' - bacalah!
Anak-anak muda kita hanyut dan asyik dengan merempit!

No comments: